Tag Archive: Rasulullah S.A.W


Khilaf

PENGENALAN

Apabila kita membicarakan perihal adab-adab dan akhlak maka persoalan ini sudah pastilah mempunyai kaitan khusus dengan perbincangan ilmu Tasawuf. Ilmu Tasawuf pula adalah sebahagian daripada ilmu-ilmu yang perlu dipelajari oleh setiap umat Islam selain daripada ilmu Akidah dan Fiqh. Tidak lengkap rasanya jika perbahasan hukum-hakam tidak diselitkan bersama dengan unsur-unsur ilmu Tasawuf. Ini kerana ilmu Tasawuf bertindak menjaga kesucian dan ketenangan hati dan kemudian diterjemahkan melalui perbuatan zahir yang diambil kira berdasarkan ilmu Fiqh. Barangsiapa yang hanya mempelajari ilmu Fiqh dan Akidah tanpa mempelajari dan menghayati ilmu Tasawuf maka sesungguhnya mereka sengaja menjerumuskan diri ke lembah kebinasaan.

Berkata Imam Junaid:
Tasawuf adalah menggunakan semua akhlak ketinggian yang terpuji dan meninggalkan semua tingkah laku yang rendah lagi dikeji.
(Kitab: al-Nusrah al-Nabawiyyah).

Islam adalah agama yang amat menitikberatkan soal akhlak dan adab-adab bagi menjamin kebahagiaan dan keharmonian hidup di dunia dan akhirat. Adab-adab yang diajar oleh Islam ini merangkumi segala aspek samada sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sebesar-besar perkara. Perutusan Rasulullah S.A.W. kepada manusia juga di antara lainnya adalah untuk menyempurnakan akhlak yang baik lagi terpuji kepada seluruh alam.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemulian akhlak (manusia).
(Riwayat Baihaqi).
Amat malang sekali apa yang berlaku pada dewasa ini, sebilangan umat Islam meninggalkan dan tidak mengambil berat adab-adab Islam lantas berlakulah perbalahan yang tidak menguntungkan umat Islam. Bahkan ada sebilangan umat Islam yang sengaja menolak dan tidak mahu langsung mengambil manfaat daripadanya sedangkan mereka ini daripada kalangan orang-orang yang mengetahui. Apa yang lebih menyedihkan lagi, mereka juga melarang orang lain daripada melakukan dan beramal dengan adab-adab Islam sedangkan mereka juga mengetahui kelebihan dan kebaikkannya.

Sebilangan daripada Salaf berkata:
Dengan mempelajari satu bab daripada adab (akhlak) lebih disukai disisiku daripada mempelajari tujuh puluh bab daripada bab-bab ilmu.
(Kitab: Mausuah al-Adab al-Islamiyyah).

Pada tulisan yang lalu, saya telah menjelaskan secara ringkas perihal kesibukkan sebilangan umat Islam pada masa kini dengan isu-isu khilafiyyah sedangkan pelbagai lagi persoalan yang lebih besar perlu diutamakan. InsyaAllah, pada tulisan kali ini, saya cuba pula menjelaskan perihal adab-adab serta sebab-sebab berlakunya perselisihan pendapat (khilaf) di kalangan para ulama. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.

Sila rujuk tulisan saya yang lepas di sini:
http://buluh.iluvislam.com/?p=68
SEBAB-SEBAB BERLAKU KHILAF

Sebelum saya bincangkan adab-adab berbeza pendapat secara panjang lebar, adalah lebih baik di sini saya nyatakan dahulu secara ringkas beberapa perkara yang boleh menyebabkan berlakunya khilaf di kalangan para ulama. Berikut disebutkan tujuh sebab kenapakah berlakunya khilaf sepertimana yang dinyatakan oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di dalam kertas kerjanya bertajuk Perbezaan Pendapat di Kalangan Mazhab :

– Perbezaan Fahaman Dan Akalan Serta Kemampuan Dalam Menghasilkan Ilmu.

– Perbezaan Dalam Penguasaan Ilmu.

– Perbezaan Dalam Penguasaan Ilmu Bahasa Arab.

– Khilaf Dalam Masalah Berhujah Dengan Sumber-Sumber Fiqh.

– Khilaf Pada Kaedah-Kaedah Usuliyyah.

– Khilaf Tentang Qiraat Dalam al-Quran al-Karim.

– Khilaf Dengan Sebab Bertentangan Dalil-Dalil.
ADAB-ADAB MENGHADAPI KHILAF

Islam amat menyeru umatnya supaya mengamalkan segala adab-adab yang telah dijelaskan dan diterangkan oleh al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W. melalui lidah-lidah para ulama. Adab-adab tersebut untuk memastikan agar kehidupan manusia berada di dalam keadaan aman dan harmoni. Semua adab-adab adalah untuk mencantikkan segala amalan yang ingin dilakukan manusia. Setiap amalan akan lebih bermakna sekiranya dihiasi dengan adab-adab yang indah. Berikut di antara kata-kata ulama yang boleh kita jadikan teladan:

Berkata Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah:
Imam Qurafi berkata di dalam kitabnya al-Furuq: Ketahuilah sesungguhnya dengan mengamalkan sedikit adab-adab Islam lebih baik daripada memperbanyakkan amalan.
(Kitab: Min Adab al-Islam).

Berkata Syeikh Abdul Aziz bin Fathi:
Ibnu Mubarak berkata: Aku mempelajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun dan adalah mereka (para ulama) mempelajari adab kemudian barulah mempelajari ilmu.
(Kitab: Mausuah al-Adab al-Islamiyyah).

Berkata Imam Nawawi:
Imam Shafie berkata: Sesiapa yang ingin dibukakan hatinya oleh Allah Taala maka hendaklah ia berkhalwat, sedikit makan, manjauhi daripada bergaul dengan orang bodoh dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan orang yang berilmu.
(Kitab: al-Majmuk Syarah Muhazzab).

Memandangkan betapa pentingnya akhlak dan adab di dalam Islam, maka di sini saya senaraikan beberapa adab-adab (sebenarnya banyak lagi) yang perlu ada di kalangan umat Islam hari ini bagi menghadapi isu-isu khilaf. Jika kita dapat menjaga adab-adab ini, insyaAllah segala isu khilaf ini dapat ditangani dengan baik dan harmoni. Berikut di antara adab-adab berbeza pendapat:
Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah S.A.W. Sebagai Panduan

Berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan perkara yang diperselisihkan kepada al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W. adalah sebaik-baik perkara yang perlu diberikan perhatian. Ini kerana al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W. merupakan pegangan dan panduan utama umat Islam di dalam semua perkara. Inipati daripada al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W. inilah dijadikan kayu pengukur kepada sesuatu kebenaran ataupun kebatilan di dalam menghadapi perbezaan pendapat. Para ulama pula berperanan menjelaskan maksud serta bertanggungjawab memberikan kefahaman daripada dalil-dalil al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W. kepada masyarakat Islam.

Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah Taala dan taatlah kamu kepada Rasulullah S.A.W. dan kepada ulil amri daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantahan (berselisihan) di dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah Taala (al-Quran al-Karim) dan (as-Sunnah S.A.W.) rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah Taala dan Hari Akhirat. Demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.
(Surah an-Nisa: Ayat 59).
Ikhlas

Berkata Imam Abu al-Qasim al-Qusyairi:
Ikhlas ialah mengesakan al-Haq Allah Taala di dalam ketaatan beserta niat. Apa yang dikehendaki dengan ketaatan kepada Allah Taala ialah taqarrub kepadaNya tanpa sebarang benda lain seperti sifat menunjuk-nunjuk kepada makhluk, untuk mendapat pujian manusia, suka kepada pujian makhluk atau apa sahaja maksud yang selain taqarrub kepada Allah Taala.
(Kitab: al-Risalah al-Qusyairiyah).

Perbicaraan persoalan ikhlas ini sudah pastilah berkaitan rapat dengan perbahasan niat di dalam hati.Imam Nawawi meletakkan persoalan dan penjelasan niat (hadis riwayat Bukhari dan Muslim) pada permulaan bab kitabnya al-Arbain al-Nawawiyah yang menunjukkan betapa pentingnya niat di sisi Islam. Rasulullah S.A.W. juga telah mengingatkan kita betapa pentingnya menjaga hati beserta niat apabila kita terlibat secara langsung di dalam perbahasan khilaf ini.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Barangsiapa yang mencari ilmu untuk menandingi ulama atau mengalahkan orang-orang yang jahil atau untuk memusatkan perhatian manusia kepadanya maka orang itu akan dimasukkan oleh Allah Taala ke dalam api neraka.
(Riwayat Tarmizi).

Mungkin ada di kalangan kita sengaja membangkitkan isu-isu khilafiyyah hanyalah bertujuan untuk bersaing dan menandingi dengan para ulama terdahulu dan masa kini di pentas masyarakat awam. Mungkin juga dengan tindakan itu mereka boleh dilihat sebagai seorang yang hebat ilmunya berbanding dengan orang lain sekaligus dapat mencuri tumpuan dan perhatian media massa dan orang ramai kepada kata-katanya. Jika inilah tujuan perdebatan dan perbahasannya maka begitu jugalah habuan dunia bakal diperolehi mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya Allah Taala tidak melihat kepada tubuh badanmu dan tidak pula kepada rupa parasmu akan tetapi Dia melihat kepada hatimu.
(Riwayat Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sekecil manapun sifat riyak itu adalah kemusyrikan.
(Riwayat al-Hakim).
Tawadhuk

Tawadhuk di dalam topik ini boleh diertikan sebagai menyerah diri kepada kebenaran dan meninggalkan perbalahan yang tidak berkesudahan tentang sesuatu hukum-hakam itu. Setiap manusia perlu merasa rendah diri kerana sedar akan hakikat kelemahan dan kekurangan hamba yang tidak layak sama sekali bersifat angkuh dan bongkak. Sifat ini hanyalah layak bagi Allah Taala sahaja. Adapun tawadhuk adalah lawan kepada sifat takabbur.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya setitik zarah takabbur.
(Riwayat Muslim dan Tarmizi).

Kita perlu menjaga dan mengelakkan diri dari bersikap takabbur dan angkuh terutamanya ketika berhadapan dengan isu-isu khilaf para ulama. Memandang orang lain dengan sebelah mata lantaran merasakan diri begitu hebat adalah di antara alamat takabbur. Rendahkanlah diri terlebih dahulu sebelum terlibat dengan segala perbahasan khilaf.

Di dalam kitab Rasail al-Aimmah al-Salaf Wa Adabihim al-Ilmi karangan Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah telah menukilkan satu kisah berkenaan Imam Ubaidillah al-Hassan al-Anbari yang ditegur (untuk membetulkan kesilapannya) oleh seorang muridnya. Setelah membetulkan kesilapannya maka Imam Ubaidillah berkata:
Jika aku membetulkan kesalahanku, aku akan kelihatan lekeh. Namun aku lebih rela kelihatan berdosa di dalam perkara yang hak (benar) berbanding berkeras kepala mempertahankan pandanganku walaupun aku telah mengetahui itu adalah batil (salah).
Meninggalkan Taasub

Meninggalkan taasub di sini bermaksud meninggalkan taasub pendapat sendiri, mazhab dan golongan serta tokoh tertentu sahaja tanpa diperhatikan pendapat dan pandangan orang lain. Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qarahawi telah menjelaskan di dalam kitabnya al-Sahwah al-Islamiyyah Baina al-Ikhtilaf al-Masyruk Wa al-Tafarruq al-Mazmum:
Seseorang harus melepaskan dirinya daripada taasub terhadap pendapatnya sendiri. Ini disebabkan orang yang tidak dapat melepaskan diri daripada taasub ini akan sentiasa mempertahankan pendapatnya sendiri walaupun dia mengetahui pendapatnya salah dan lemah penjelasannya. Ia hanyalah ingin memenangkan hawa nafsunya, memandang rendah pendapat orang lain dan takut dituduh kurang kefahaman.

Sebagai seorang umat Islam yang tidak mampu untuk berijtihad maka selayaknyalah kita mengikut mana-mana pandangan dan ijtihad daripada imam-imam mazhab. Mazhab ini sebagai salah satu jalan keluar bagi golongan awam beramal dengan syariat Islam secara lebih berkesan. Namun terdapat segelintir umat Islam terutamanya masyarakat awam yang begitu taasub dengan mazhabnya lantas menyalahkan mazhab lain yang tidak secocok dengan mazhabnya. Ini merupakan satu fanomena tidak sihat yang perlu diberikan perhatian oleh setiap alim ulama setempat.

Terdapat juga segelintir dari kalangan umat Islam yang begitu taasub dengan golongan dan tokoh tertentu lantas bertindak merendah-rendah dan memperlekehkan pandangan dan pendapat lain yang tidak sealiran dengan pendapat golongan dan tokoh mereka. Jika masalah ini tidak ditangani dengan bijaksana dan adab-adab maka sudah pastilah akan berlaku perbalahan dan pergaduhan yang tidak mendatangkan nilai tambah kepada Islam. Mereka mengajak orang lain untuk tidak taasub dengan pandangan tokoh lain, namun di dalam masa yang sama mereka tidak melarang orang lain untuk bertaasub kepada mereka. Jadilah mereka juga seorang taasub!

Berkata Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi:
Anehnya mereka mengecam para pengikut mazhab kerana bertaklid kepada para imamnya sementara mereka sendiri menuntut semua orang agar bertaklid dan mengikut mereka.
(Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Baina al-Ikhtilaf al-Masyruk Wa al-Tafarruq al-Mazmum).
Berlapang Dada

Berlapang dada telah menjadi amalan di kalangan para ulama Salaf ketika berhadapan dengan khilaf sesama mereka. Walaupun terdapat banyak percanggahan pandangan, namun mereka tetap saling hormat-menghormati di antara satu sama lain dan tidak menyebabkan ikatan perpaduan terlerai. Mereka mempunyai nilai akhlak dan adab yang tinggi selaras dengan tuntutan mendalami ilmu Tasawuf.

Berkata Syeikh Muhammad Awwamah di antara pendirian para ulama ialah:
Mazhab kami betul yang berkemungkinan ada salahnya dan mazhab selain kami salah yang kemungkinan ada betulnya.
(Kitab: Adab al-Ikhtilaf).

Berkata Imam Ahmad ketikamana ditanyakan perihal Imam Ishak:
Tidak dapat tergambar bagaimana di bumi Khurasan ini terdapat seorang tokoh seperti Ishak walaupun dia telah bersalahan pendapat dengan kami di dalam beberapa perkara. Sesungguhnya manusia sentiasa berselisih pendapat sesama mereka.
(Kitab: Risalah al-Ulfah baina al-Muslimin).

Jika diperhatikan dua contoh di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa betapa indahnya akhlak dan adab para ulama yang ditunjukkan oleh mereka kepada kita ketikamana menghadapi perbahasan khilaf ini. Namun pada masa kini terdapat sesetengah golongan yang gagal mengamalkan konsep berlapang dada lantas berasa sangat taajub dengan pandangan dan pendapat sendiri. Mereka mungkin berpegang dan beranggapan bahawa pandangan mereka sahaja sentiasa betul dan benar yang tidak mungkin salah dan pandangan orang lain sentiasa salah yang tidak mungkin ada benarnya. Bahkan mereka terlalu melampau dengan melemparkan pelbagai perkataan seperti bidaah, khurafat, sesat, kafir dan sebaginya lagi walaupun di dalam isu-isu khilafiyyah. Mereka juga tidak meraikan keadaan semasa dan setempat (Fiqh Waqi)!
Berprasangka Baik

Di antara akhlak asas yang penting di dalam pergaulan dan perhubungan sesama umat Islam ialah berprasangka baik kepada orang lain disertakan dengan tidak boleh didasari prinsip suka memuji diri sendiri dan menyalahkan orang lain. Islam melarang kita memuji-muji diri sendiri dikuatiri mendatangkan perasaan riyak dan takabbur dengan pandangan dan pendapat sendiri.

Firman Allah Taala bermaksud:
Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia menciptakan kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian di dalam perut ibu kamu maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
(Surah an-Najm: Ayat 32).

Prasangka buruk merupakan perangai jahat yang dikecam oleh al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W. dan merupakan tegahan kepada umat Islam. Pada dasarnya kita haruslah menempatkan seseorang Islam itu sebagai orang yang soleh lagi baik dan tidak berprasangka buruk kepadanya kecuali dengan kebaikkan sahaja. Walaupun nampak sedikit kelemahannya, demi untuk memenangkan kebaikkan di atas keburukan, maka selalulah beranggapan baik sesama Islam. Sikap dan akhlak ini lebih-lebih dituntut jika berhadapan dengan khilaf dan kesalahan ijtihad para ulama.

Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.
(Surah al-Hujuraat: Ayat 12).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Jauhilah prasangka (buruk) kerana sesugguhnya prasangka (buruk) itu merupakan percakapan yang paling dusta.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Di dalam perbahasan dan perbincangan perkara-perkara khilaf, anggaplah pendapat orang lain juga turut melalui analisis dan kajian yang mendalam dan mempunyai dalil-dalil yang boleh disabitkan walaupun kita tidak pernah menjumpainya. Berbaik sangka dengan menganggap kefahaman mereka berdasarkan disiplin ilmu dan kaedah-kaedah yang betul dan mempunyai niat ikhlas sepertimana kita juga. Jangan sesekali memperlekeh atau menghina pendapat ulama lain dengan sengaja menimbulkan pertikaan dan perbalahan yang tidak ada kesudahannya.

Tepislah bisikan syaitan yang menyuruh kita berburuk sangka sesama umat Islam. Peringatan ini juga perlu diberikan perhatian yang lebih serius apabila berinteraksi dengan pandangan dan pendapat ulama muktabar yang lebih khusus dan tinggi kedudukannya berbanding dengan golongan awam yang bersifat umum. Peranan ulama hanyalah sebagai pewaris Rasulullah S.A.W. dan mereka benar-benar amanah di dalam mewariskan segala keilmuan mereka.
Berusaha Menyatukan Pendapat

Mencuba sedaya-upaya yang mungkin untuk mengindari permasalahan-permasalahan khilafiyyah yang boleh mendatangkan fitnah kepada golongan awam. Berpegang teguhlah dengan etika perbincangan dan hindarkan diri dari perdebatan dan perbalahan yang tidak menguntungkan Islam. Kita juga perlu berusaha untuk menyatukan pendapat yang pelbagai sekiranya ia boleh disatukan dengan didasari akhlak dan adab Islam. Ini kerana tugas menyatukan umat supaya tidak berlaku perpecahan adalah tanggungjawab bersama.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Orang yang beriman disatukan dan tiada kebaikkan bagi sesiapa yang tidak bersatu dan yang tidak disatukan.
(Riwayat Ahmad).
Memahami Konsep Perdebatan

Di dalam kitab Risalah al-Mustarsyidin menceritakan perihal seorang lelaki yang datang kepada sesetengah daripada hukamak, lelaki tersebut berkata: Aku ingin berjidal (berdebat) dengan kamu. Hukamak tersebut menjawab: Kamu boleh berdebat dengan aku sekiranya kamu menepati sepuluh syarat ini:

01. Jangan marah.
02. Tidak cuba mencari masalah.
03. Jangan kamu berbangga.
04. Jangan kamu menghukum.
05. Jangan ketawa.
06. Jangan menjadikan dakwaan kamu sebagai dalil.
07. Apabila kamu mendatangkan dalil, tujuan daripada perkara tersebut ialah untuk mencari kebenaran.
08. Apabila kamu menggunakan akal, gunakanlah ia sebagai untuk menerangkan sesuatu.
09. Hendaklah kamu menjadikan kebenaran itu barang yang berharga untuk umat Islam. Ambillah di mana kamu temuinya. Bukan kemenangan sebagai tujuan utama.
10. Janganlah kamu berpaling kepada orang lain kerana aku sedang bercakap dengan kamu.
BEBERAPA PENGAJARAN PENTING

Berikut saya bawakan beberapa contoh akhlak dan adab-adab yang ditunjukkan oleh para ulama ketikama berinteraksi dengan perkara khilafiyyah:
Kisah Imam Shafie

Kisah ini dinukilkan oleh Imam Syarani yang telah menceritakan bahawa Imam Shafie tidak membaca doa qunut subuh ketika menziarahi kubur Imam Hanafi. Apabila ditanyakan kepada Imam Shafie mengapakah beliau tidak membaca doa qunut, lantas Imam Shafie menjawabnya seperti berikut:
Bagaimana aku boleh membaca qunut sedangkan tuan imam (Imam Hanafi yang menghuni kubur tersebut) tidak berpendapat sedemikian (perlu membaca qunut ketika subuh). Imam Syarani berpandangan: Sesungguhnya perbuatan tersebut adalah adab terhadap imam-imam mujtahidin, beliau beradab dengan saudaranya samalah dengan beliau beradab dengan Rasulullah S.A.W. dan pengikut syariatnya.
(Kitab: al-Mazahib al-Fiqhiyyah al-Islamiyyah Wa al-Taasub al-Mazhabi).
Kisah Imam Hanbali

Ali bin Musa al-Haddad menukilkan satu kisah berkenaan Imam Ahmad bin Hanbal katanya: Suatu hari aku bersama Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Muhammad bin Qudamah ketika menghadiri upacara pengkebumian. Setelah ditanam jenazah, kami mendapati seoarang lelaki buta duduk membacakan (al-Quran al-Karim dan zikir) di sisi kubur. Maka berkata Imam Ahmad kepada lelaki buta tersebut: Sesungguhnya membaca (al-Quran al-Karim dan zikir) di sisi kubur adalah bidaah. Setelah kami keluar dari tanah perkuburan, berkata Imam Muhammad bin Qudamah kepada Imam Ahmad: Wahai Abu Abdullah (gelaran bagi Imam Hanbali), apa pandangan engkau tentang Mubassyir al-Halabi? Imam Ahmad menjawab: Dia seorang yang dipercayai riwayatnya. Ditanya lagi (oleh Imam Muhammad bin Qudamah): Adakah engkau pernah menulis sesuatu tentangnya? Imam Ahmad membalas: Ya. Lantas Imam Muhammad berkata: Sesungguhnya aku dikhabarkan daripada Abdul Rahman bin al-Ala bin al-Hajjaj dari bapanya bahawa Mubassyir berpesan apabila dia meninggal dunia bacalah di sisi kepalanya dengan permulaan surah al-Baqarah dan penutup surah tersebut. (Kata Imam Muhammad lagi) Ini kerana Mubassyir berkata: Aku telah mendengar Ibnu Umar berpesan sedemikian. Justeru berkata Imam Ahmad: Maka pergilah dan katakan kepada lelaki buta tadi tiada masalah untuk membaca (al-Quran al-Karim dan zikir-zikir di sisi kubur).
(Kitab: Adab al-Ikhtilafat al-Fiqhiyyah).
Kisah Imam Hassan al-Banna

Syeikh Prof. Dr. Yusof Al-Qaradhawi ada menukilkan satu kisah di dalam kitabnya Fi al-Fiqh al-Awlawiyyat berkenaan suatu kisah yang pernah berlaku kepada as-Syahid Imam Hassan al-Banna, pengasas gerakan Ikhwan al-Muslimin di Mesir. Imam al-Banna mencatatkan dalam Muzakkiratnya tentang kisah beliau menyampaikan kuliah agama ketika beliau masih berumur dua puluhan tahun. Beliau menyampaikan kuliah tersebut antara waktu Maghrib dan Isyak di satu sudut di sebuah masjid kecil. Setelah sekian waktu, kuliah tersebut telah mendapat perhatian dan para hadirin yang hadir telah bertambah. Termasuk juga yang hadir adalah di kalangan mereka yang menyimpan sikap dan pendirian lama dalam masalah khilaf dan suka membangkitkan api perdebatan.

Sehingga pada suatu malam, Imam al-Banna merasakan terdapat satu kelainan terhadap hadirin yang hadir. Seolah-olah terdapat perbezaan kelompok di kalangan para pendengar termasuk tempat duduk mereka. Pada malam tersebut, belum sempat Imam al- Banna hendaklah memulakan kuliahnya, tiba-tiba beliau telah diajukan satu soalan berikut: Apakah pandangan ustaz tentang masalah tawassul? Maka Imam al-Banna menjawab: Wahai saudaraku, aku berpandangan engkau bukan bermaksud mahu bertanya tentang masalah ini sahaja, tetapi engkau juga mahu bertanya tentang selawat selepas azan, membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, lafaz siyadah Rasul dalam tasyahhud, bagaimana kedudukan ibu bapa Nabi SAW di akhirat, sampai atau tidak bacaan al-Quran al-Karim kepada si mati, adakah perkumpulan-perkumpulan yang dibina oleh ahli tariqat itu maksiat atau qurbah dan pelbagai masalah lagi.

Imam al-Banna sengaja menyenaraikan semua perkara-perkara khilaf tersebut yang telah menyalakan api fitnah sejak sekian lama sehingga membuatkan lelaki penyoal itu tersentak. Lalu lelaki itu menjawab: Ya, aku mahukan jawapan atas kesemua soalan itu! Lalu Imam al-Banna menjawab: Wahai saudaraku, aku bukanlah seorang alim, tetapi aku seorang guru bandar yang menghafaz sesetengah ayat al-Quran al-Karim dan sesetengah hadis Nabi S.A.W. dan mengetahui beberapa hukum-hakam agama setelah merujuk kepada kitab-kitab. Lalu aku menawarkan diri untuk mengajarkan ilmu itu kepada orang ramai. Maka sekiranya engkau bertanya kepadaku soalan yang terkeluar daripada apa yang aku ketahui maka engkau telah menyukarkan aku, sedangkan barangsiapa yang mengatakan aku tidak mengetahui dia juga telah berfatwa. Sekiranya engkau merasa puas dengan apa yang aku sampaikan, dan melihat padanya ada kebaikan, maka dengarilah ia. Sekiranya engkau ingin mengetahui lebih lanjut maka bertanyalah kepada para ulama yang pakar selainku. Mereka mampu memberi fatwa terhadap apa yang kamu mahukan. Adapun aku, maka inilah kadar ilmuku, sesungguhnya Allah Taala tidak memberatkan ke atas seseorang melainkan apa yang diusahakan.

Itulah jawapan Imam al-Banna kepada lelaki tersebut dan lelaki itu pada hakikatnya tidak mendapat apa-apa jawapan daripada al-Banna. Namun dengan ucapan Imam al-Banna itu para hadirin atau kebanyakan mereka merasa berpuas hati. Lalu dengan kesempatan yang ada Imam al-Banna meneruskan ucapannya dengan berkata: Wahai saudara-saudaraku, aku amat mengetahui bahawa saudara yang bertanya tadi, termasuk juga ramai di kalangan kalian, tidak bermaksud daripada soalan seumpama itu melainkan hanya ingin mengetahui, daripada kumpulan manakah pengajar baru ini? Adakah daripada kumpulan Syeikh Musa atau daripada kumpulan Syeikh Abdul Sami?! Sesungguhnya pengetahuan ini tidak memberikan apa-apa manfaat kepada kamu, sedangkan kamu telah menghabiskan masa dalam keadaan fitnah selama lapan tahun dan cukuplah sekadar itu. Kesemua masalah-masalah itu telah diperselisihkan oleh umat Islam sejak ratusan tahun dan mereka masih terus berselisih pendapat sehingga ke hari ini, namun Allah Taala redha kepada kita untuk berkasih sayang dan bersatu padu serta membenci untuk kita berselisihan dan berpecah-belah. Maka aku ingin mengajak kamu semua berjanji dengan Allah Taala untuk meninggalkan semua perkara-perkara ini sekarang, dan bersungguh-sungguh untuk mempelajari asas-asas agama dan kaedah-kaedahnya, beramal dengan akhlaknya, kelebihan-kelebihannya yang umum dan petunjuk-petunjuknya yang disepakati. Dan mendirikan segala kewajipan dan sunat serta meninggalkan sikap memberat-beratkan dan terlalu rigid supaya hati menjadi suci. Dan supaya menjadi tujuan kita semua hanya untuk mengetahui kebenaran, bukan hanya kerana sekadar mahu memenangkan satu pandangan. Ketika itu, kita mempelajari kesemua ini bersama dalam keadaan kasih sayang, kepercayaan, kesatuan dan keikhlasan. Aku berharap kamu terimalah pandanganku ini dan agar ia menjadi perjanjian sesama kita untuk berbuat demikian.
KESIMPULAN

Berkata Habib bin as-Syahid kepada anaknya: Wahai anakku, berkawanlah engkau dengan fukaha (orang alim), pelajarilah daripada mereka dan ambillah adab-adab yang baik daripada mereka kerana sesungguhnya yang demikian itu lebih disukai disisiku daripada banyak mempelajari hadis.
(Kitab: Mausuah al-Adab al-Islamiyyah).

Berkata Saidina Ali: Petunjuk sebaik-baik pemimpin, akhlak yang baik sebaik-baik teman, akal merupakan sebaik-baik sahabt dan adab sebaik-baik peninggalan.
(Kitab: al-Adab Islamiyyah Li an-Nasyiah).

Marilah kita bersama-sama mempelajari akhlak dan adab. Sesungguhnya akhlak dan adab ini akan menjaga diri kita daripada terjerumus ke dalam lembah kebinasaan dan kehancuran. Lebih-lebih lagi jika kita sangat inginkan perbahasan ilmu yang mempunyai khilaf padanya. Dengan mempelajari adab maka tenanglah hati menghadapinya.

Salah seorang hukamak berkata: Tiada kemuliaan bersama buruknya adab.
(Kitab: al-Adab Islamiyyah Li an-Nasyiah).

Sumber: Wikipedia

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan.” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.

Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi

Hadis-hadis diatas jelas menunjukkan tentang kelebihan solat sunat dhuha dan betapa besar ganjarannya apabila kita menunaikan solat sunat dhuha dan sentiasa beristiqamah dengan solat sunat ini. Tambahan pula antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaan mengenai solat sunat ini, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Doa Solat Sunat Dhuha:

Kaifiat dan Doa Solat Dhuha.

Rasulullah SAW adalah suri tauladan umat dalam berbagai aspek kehidupan. Dalam hal kesehatan, ajaran-ajaran beliau sudah banyak dibuktikan oleh penelitian-penelitian modern akan kebenaran manfaatnya yang besar. Salah satu ajaran beliau adalah adab-adab makan yang membawa kesehatan dan keberkahan sepanjang zaman.

Diantara adab-adab makan yang Rasulullah SAW ajarkan adalah :

1. Tidak mencela makanan yang tidak disukai.

Abu Hurairah ra. berkata : “Rasulullah SAW tidak pernah sedikit pun mencela makanan. Bila beliau berselera, beliau memakannya. Dan jika beliau tidak menyukainya, maka beliau meninggalkannya.” (HR. Bukhari Muslim)

Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah berkata kepada keluarganya (istrinya) tentang lauk pauk. Mereka menjawab : “Kami hanya punya cuka”. Lalu beliau memintanya dan makan dengannya, seraya bersabda : “Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka (al-khall), sebaik-baik lauk pauk adalah (yang mengandung) cuka.” (HR. Muslim)

Penelitian Dr. Masaru Emoto dari Jepang dalam bukunya ’The True Power of Water’ menemukan bahwa unsur air ternyata hidup. Air mampu merespon stimulus dari manusia berupa lisan maupun tulisan. Ketika diucapkan kalimat yang baik atau ditempelkan tulisan dengan kalimat positif, maka air tersebut akan membentuk struktur kristal yang indah dan bisa memiliki daya sembuh untuk berbagai penyakit. Sebaliknya, jika diucapkan maupun ditempelkan kalimat umpatan, celaan atau kalimat negatif lainnya, maka air tersebut akan membentuk struktur kristal yang jelik dan mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan.

2. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa yang tertidur sedang di kedua tangannya terdapat kekotoran/lemak (kerana tidak dicuci) dan ketika bangun pagi ia menderita suatu penyakit, maka hendaklah dia tidak menyalahkan kecuali dirinya sendiri.”

3. Membaca Bismillah dan Hamdalah.

Rasulullah SAW bersabda : “Jika seseorang di antara kamu hendak makan, maka sebutlah nama Allah SWT. Dan jika ia lupa menyebut nama-Nya pada awalnya, maka bacalah, ’Bismillahi awwalahu wa akhirahu’ (Dengan menyebut nama Allah SWT pada awalnya dan pada akhirnya).” (HR. Abu Dawud)

Dalam riwayat lain, disebutkan bahwa suatu ketika Rasulullah SAW tersenyum, beliau menjelaskan ketika seorang Muslim tidak membaca Basmalah sebelum makan, maka syaitan akan ikut makan dengannya. Namun, ketika Muslim tersebut teringat dan menyebut nama Allah SWT, maka syaitan pun langsung memuntahkan makanan yang sudah dimakannya.

Rasulullah SAW juga bersabda : “Sesungguhnya Allah SWT meredhai seorang hamba yang ketika makan suatu makanan lalu dia mengucapkan Alhamdulillah. Dan apabila dia minum suatu minuman maka dia pun mengucapkan Alhamdulillah.” (HR. Muslim, Ahmad dan Tirmidzi)

4. Makan menggunakan tangan kanan.

Abdullah bin Umar ra. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Jika salah seorang diantaramu makan, maka hendaklah ia makan dengan tangan kanannya dan jika ia minum maka hendaklah minum dengan tangan kanannya. Sebab syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim)

Kedua tangan manusia mengeluarkan tiga macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan lebih banyak daripada tangan kiri. Enzim tersebut sangat membantu dalam proses pencernaan makanan.

5. Tidak bersandar ketika makan.

Rasulullah SAW bersabda : “Aku tidak makan dengan posisi bersandar (muttaki-an).” (HR. Bukhari)

“Muttaki-an” ada yang menafsirkan duduk bersilang kaki dan ada pula yang menafsirkan bersandar kepada sesuatu, baik itu bersandar di atas salah satu tangan atau bersandar pada bantal. Ada pula yang menafsirkan bersandar pada sisi badan.

Rasulullah SAW jika makan, tidak makan dengan menggunakan alas duduk seperti bantal duduk sebagaimana orang-orang yang ingin makan banyak dengan menu makanan yang variatif. Rasulullah SAW menjadikan makannya sebagai ibadah kepada Allah SWT. Karenanya beliau duduk tanpa alas dan mengambil makanan secukupnya.

6. Memakan makanan yang terdekat dahulu.

Umar bin Abi Salamah ra. bercerita : “Saat aku belia, aku pernah berada di kamar Rasulullah SAW dan kedua tanganku seringkali mengacak-acak piring-piring. Rasulullah SAW bersabda kepadaku, ’Nak, bacalah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari makanan baik yang terdekat.” (HR. Bukhari)

7. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Dari Mikdam bin Ma’dikarib ra. menyatakan pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Tiada memenuhi anak Adam suatu tempat yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suap yang dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika tidak ada cara lain, maka sepertiga (dari perutnya) untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minuman dan sepertiganya lagi untuk bernafas.” (HR. Tirmidzi dan Hakim)

8. Menjilat tangan ketika makan tanpa sendok atau garpu.

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Jika salah seorang diantaramu makan, maka hendaklah ia menjilati jari-jemarinya, sebab ia tidak mengetahui dari jemari mana munculnya keberkahan.” (HR. Muslim)

Dalam hadits riwayat Imam Muslim pula, Ka’ab bin Malik ra. memberikan kesaksian bahwa ia pernah melihat Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jarinya dan beliau menjilatinya selesai makan.

Penemuan kesihatan moden menunjukkan bahwa ketika kita makan dengan jari dan menjilati jari untuk membersihkannya, maka jari tersebut mengeluarkan enzim yang sangat membantu bagi kelancaran pencernaan.

9. Membuang kotoran dari makanan yang terjatuh lalu memakannya.

Dari Anas bin Malik ra. berkata bahwa Rasulullah SAW sering makan dengan menjilati ketiga jarinya (Ibu jari, telunjuk dan jari tengah), seraya bersabda : “Apabila ada makananmu yang terjatuh, maka buanglah kotorannya dan hendaklah ia memakannya serta tidak membiarkannya untuk syaitan.” Dan beliau juga memerintahkan kami untuk menjilati piring seraya bersabda : “Sesungguhnya kamu tidak mengetahui pada makanan yang mana adanya berkah itu.” (HR. Muslim)

Islam melarang hal-hal yang membazir, termasuk dalam hal makanan. Seringkali kita menyaksikan orang yang mengambil makanan berlebihan sehingga tidak habis dimakan. Makanan yang membazir itu akhirnya dibiarkan untuk syaitan, padahal bisa jadi sebenarnya pada makanan tersebut terdapat keberkatan. Oleh kerana itu, ketika mengambil makanan harus berdasarkan perhitungan bahwa makanan tersebut akan habis dimakan.

10. Makan dan minum sambil duduk.

Rasulullah SAW suatu ketika melarang seorang lelaki minum sambil berdiri. Berkata Qatadah : “Bagaimana dengan makan?” Rasul menjawab : “Itu lebih buruk lagi.” (HR. Muslim)

11. Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas.

Dari Abu Al-Mutsni Al-Jahni ra berkata, aku pernah berada di rumah Marwan bin Hakam, tiba-tiba datang kepadanya Abu Sa’id ra. Marwan berkata kepadanya : “Apakah engkau pernah mendengar Rasulullah SAW melarang bernafas di tempat minum?”. Abu Sa’id menjawab : “Ya. Ada seseorang pernah berkata kepada Rasulullah SAW, ”Aku tidak kenyang dengan air hanya satu kali nafas.” Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Jauhkanlah tempat air (gelas) dari mulutmu, lalu bernafaslah!” Orang itu berkata lagi, “Sesungguhnya aku melihat ada kotoran pada tempat minum itu”. Lalu Rasulullah SAW bersabda, ”Kalau begitu, tumpahkanlah! (HR. Abu Dawud)

Dan juga dari Ibnu Abbas ra. berkata : “Rasulullah SAW telah melarang untuk menghirup udara di dalam gelas (ketika minum) dan meniup di dalamnya.” (HR. Tirmidzi)

Rasulullah SAW melarang bernafas ketika minum. Apabila minum sambil bernafas, tubuh kita mengeluarkan CO2 (karbon dioksida), apabila bercampur dengan H2O (Air) dapat menjadi H2CO3 (Cuka) sehingga menyebabkan minuman menjadi masam (acidic). Hal ini dapat terjadi juga ketika meniup air panas. Makanan dan minuman panas sebaiknya tidak disejukkan dengan ditiup, tapi cukup dikipas.

12. Tidak berprasangka buruk jika makan ditemani orang yang berpenyakit.

Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah memegang tangan orang yang majdzum (kusta), beliau meletakkan tangannya pada piring makan seraya bersabda : “Makanlah, yakinlah kepada Allah SWT dan bertawakkallah.” (HR. Abu Dawud)

13. Tidak duduk pada meja yang dihidangkan makanan haram.

Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaknya ia tidak duduk pada meja makan yang padanya diedarkan minuman khamar (arak).” (HR. Imam Tirmidzi)

14. Mendo’akan yang mengundang makan.

Dari Anas bin Malik ra. bahwa Rasulullah SAW pernah datang ke Sa’ad bin Ubadah ra. yang menghidangkan roti dan mentega. Rasulullah SAW memakannya, lalu beliau bersabda : “Telah berbuka di sisimu orang-orang yang berpuasa. Hidanganmu telah dimakan oleh orang-orang shalih (baik) dan malaikat pun mendoakan kebaikan untukmu.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

15. Menutup tempat makan dan minum.

Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Tutuplah tempat makanan dan tempat minuman!” (HR. Bukhari Muslim)

Menutup tempat makan dan minum sangat bermanfaat untuk menghindarkan makanan dari pencemaran udara, kotoran atau zat-zat berbahaya yang dapat masuk ke dalam makanan atau minuman yang tidak ditutupi.

Adab dan Petua Membaca al-Quran

Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya. Membaca Qur’an seharusnya sudah menjadi agenda harian kita. Dengan rutin membaca , maka kita akan dimudahkan melangkah ke tahap selanjutnya yaitu , berusaha mengerti dan memahami makna dari yang rutin kita baca tersebut.

Kita usahakan program rutin membaca Alquran menjadi bagian dari kebutuhan hidup kita, sebagaimana makan dan minum. Agar Al-Qur’an memberi bekas ke dalam hati, ada adab-adab yang perlu Anda perhatikan saat membacanya.

Berikut adalah adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi yang saya dapat senaraikan kepada 22 perkara, iaitu:

  1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
  2. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
  3. Membaca dalam keadaan berwuduk.
  4. Mengadap ke arah kiblat.
  5. Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
  6. Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
  7. Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – Ihya’ Ulumiddin.
  8. Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
  9. Membaca dengan tadabbur dan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai sifat Allah SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah SWT seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
  10. Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang amat penting.
  11. Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
  12. Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
  13. Sentiasa membaca al-Quran terutama pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang lalai.” – (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)
  14. Berusaha menghafaz ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
  15. Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
  16. Memanjatkan doa sebaik tamat membaca al-Quran kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.
  17. Dilarang membaca al-Quran di tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.
  18. Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT.
  19. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.
  20. Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.
  21. Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.
  22. Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang membaca al-Quran.

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. hali ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”

  1. melaksanakaan perintah Allah s.w.t
  2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kps Rasulullah S.a.w.
  3. mendpt ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bereti rahmat
  4. bersemaan dngn selawat para malaikat
  5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari drjat atas setiap satu-satu selawat
  6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
  7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
  8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
  9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
  10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
  11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
  12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
  13. mendapat darjat al-sidq
  14. ditunaikan segala hajat
  15. selamat sejahtera pada hari kiamat
  16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
  17. mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
  18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
  19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
  20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
  21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
  22. tidak akan merasai fakir
  23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
  24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
  25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
  26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
  27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
  28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
  29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
  30. disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
  31. mendapat keberkatan Alalh
  32. mendapat kesempurnaan iman
  33. kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
  34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
  35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung
  36. teguh pendirian dengan kebenaran
  37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
  38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
  39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
  40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
  41. antara kelebihan ynag paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
  42. dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya:

“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya:

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi:

“Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim)

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.”(Hadis riwayat Bukhari)

Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata,

“Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Polis Cinta

Aku hanya mampu tersenyum pabila membaca coretan rasa Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam kolum bulanan Majalah i bulan ini.Tajuknya sahaja membuatkan hati tertanya-tanya,apakah yang dimaksudkan dengan polis cinta?Polis cinta ini boleh didefinisikan sebagai gerakan membanteras cinta murahan yang berlandaskan hawa nafsu sehingga membawa kepada perbuatan maksiat seperti zina.Secara jujurnya,apa yang dilakukan mereka sangat tepat bersesuaian dengan konsep Amar Makruf Nahi Munkar.Sudah termaktub dalam Kitabullah dan Sunnah Rasulullah s.a.w akan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita.Walau bagaimanapun,apa yang berlaku pada hari ini hanyalah satu simptom kepada wabak atau krisis yang lebih besar.Benar pembanterasan itu amat digalakkan tetapi pada masa yang sama,apalah salahnya sekiranya kita mengubah pembanterasan itu demi mengubah mereka menjadi insan yang lebih baik.Apa yang dimaksudkan oleh Ustaz Hasrizal ialah mengubah sistem nilai manusia itu sendiri.Manusia itu perlu disedarkan kembali akan asal usul mereka sebenarnya,bahawasanya kehidupan ini merupakan sebuah kehambaan diri kepada Yang Maha Esa.Mengubah sistem ini mungkin mengambil masa yang agak lama tetapi ianya merupakan sebuah keperluan untuk mengubah manusia menjadi insan yang lebih baik.Buat polis-polis cinta,teruskanlah usaha murni anda.Dalam melaksanakan tanggungjawab anda,ingatlah sesungguhnya matlamat itu tidak akan menghalalkan cara.Bukankah Nabi kita pernah menyebut perkara ini berulang kali dalam beberapa hadisnya yang mahsyur?Teruskan pembanterasan ini tetapi pada masa yang sama,jangan menyisihkan proses pembetulan nilai secara dalam ke luar.Percayalah Allah bersama kamu dalam perjuangan ini.Niatkanlah ini sebagai satu cara berjuang di jalan-Nya dan janganlah biarkan emosi itu menguasai diri kerana syaitan sentiasa mencari peluang memecah-belahkan kita.

Etika Berjual Beli

1.Hendaklah berzikir ketika berada di pasar. Rasulullah s.a.w pernah bersabda,”Barangsiapa yang masuk ke pasar lalu membaca,’Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah,tiada sekutu bagi-Nya,milik-Nyalah kerajaan dan kepunyaan-Nyalah segala pujian,Dia yang menghidupkan dan mematikan,dan Dia Maha Hidup tidak akan mati; di tangan-Nyalah segala kebaikan, dan Dia Maha Kuasa ke atas segala sesuatu,maka Allah mencatat sejuta kebajikan kepadanya dan menghapus sejuta dosa darinya dan Dia tinggikan baginya sejuta darjat dan Dia bangunkan sebuah istana dalam syurga.” (Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

2.Tidak melaungkan suara dengan nyaring sehingga mencetuskan perdebatan dan pergaduhan. Dalam satu hadis,Imam Bukhari ada menyebut antara ciri-ciri keperibadian mulia Rasulullah s.a.w ialah tidak suka berteriak di pasar,tidak membalas keburukan dengan keburukan dan bersifat pemaaf.

3.Menjaga adab berurus niaga dengan memenuhi etika akad dan janji antara dua belah pihak (pembeli dan penjual). Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Maidah,ayat 1 mafhumnya,”Wahai orang-orang yang beriman,penuhilah akad-akad itu…”

4.Bersikap ramah dan memudahkan urusan jual beli. Rasulullah bersabda,”Allah menunjukkan belas kasihan kepada hamba yang ramah apabila menjual,ramah apabila membeli dan memberikan keputusan.” (Riwayat Bukhari)

5.Jujur,terbuka dan tidak menyembunyikan kecacatan barang jualan. Rasulullah s.a.w bersabda,”Seorang Muslim itu adalah saudara Muslim yang lain,maka tidak halal bagi seorang Muslim membeli dari saudaranya suatu pembelian yang ada kecacatan kecuali telah dijelaskan terlebih dahulu.” (Riwayat Ahmad dan disahihkan oleh al-Albani)

6.Hindarilah penipuan,ketidakjujuran dan berlebihan-lebihan ketika mencari keuntungan. Pada suatu hari,Rasulullah s.a.w pernah menjumpai sebekas makanan lalu baginda memasukkan tangannya ke dalam makanan tersebut dan jari-jemarinya basah. Lalu baginda bertanya,”Apakah ini,wahai si pemilik makanan?” Pemilik makanan itu menjawab,”Terkena hujan,wahai Rasulullah.” Baginda seraya bersabda,”Mengapa bahagian yang basah ini tidak kamu letakkan pada tempat teratas agar boleh dilihat oleh manusia? Barangsiapa yang curang terhadap kami maka dia bukan dari golongan kami.” (Riwayat Muslim)

7.Menghindari promosi-promosi palsu bertujuan menarik perhatian pembeli dan mendorongnya untuk membeli kerana Rasulullah s.a.w menegah sama sekali sebarang promosi palsu.

8.Tundukkan pandangan anda dari wanita dan hindari percampuran antara lelaki dan wanita. Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nur,ayat 30-31 mafhumnya,”Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya…”

Sumber : Majalah i

Bila Aku Jatuh Cinta

Ingin kupetik kata-kata seorang rakan FB yang mengatakan,”Jatuh cinta itu sesuatu yang indah tetapi tak seindah pabila dikecewakan.”Benar,pabila perasaan itu berada dalam sanubari kita,kita merasakan kitalah orang paling bahagia di dunia.Cinta itu ibarat madu,menjadi penawar duka nestapa.Cinta itu memberi sebuah ketenangan,sesuatu yang sukar untuk diterjemah menerusi kata-kata atau tinta sebuah pena.Apatah lagi sekiranya ia berdasarkan iman dan taqwa kepada Allah s.w.t. serta atas dasar persaudaraan yang universal.Memang diakui,pabila perhubungan itu putus di pertengahan jalan,pelbagai tanda soal mula membelenggu pemikiran kita.Adakah diriku melakukan kesalahan sehingga menyebabkan dia melakukannya?Apakah ada sesuatu yang berlaku sehingga membawa kepada perpisahan ini?Secara jujurnya,apa yang berlaku mungkin ada hikmah di sebaliknya.Pertama,ini mungkin ujian yang diturunkan Penguasa Alam ini ke atas hamba-hamba-Nya yang beriman,menguji sejauh mana ketaatan mereka kepada-Nya.Kedua,mungkin jodoh anda sampai di sini sahaja.Ya,cukup sukar untuk kita melupakan si dia.Manakan tidak,pelbagai kenangan manis dikongsi bersama sewaktu perhubungan itu sedang berjalan.Tapi,berpegang teguhlah kepada janji-Nya.Bukankah Rasulullah s.a.w pernah berpesan,”Jodoh pertemuan,ajal maut itu terletak pada kekuasaan-Nya.”Siapa tahu,lelaki atau wanita yang menggantikan mereka lebih baik dari apa yang dijangkakan.Janganlah mempersoalkan qada dan qadar-Nya kerana Allah itu Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.Kita hanya mampu merancang dan mengharapkan yang terbaik tetapi pada akhirnya Dia sahaja yang layak menentukan apa yang terbaik untuk diri kita.Wallahualam….

Pemergianmu

Wahai Rasulullah

kau masih mampu

mengulum senyuman manis

kepada sesiapa sahaja

walau bergelut dengan derita

senyumanmu

nyata mententeramkan

setiap insan yang kebimbangan

 

Ya Rasulullah

namun hakikatnya

kau tidak lagi mampu

menanggung penderitaan itu

di pangkuan Aisyah Humaira

kau menanti dengan sabar

saat dan ketikanya

bertemu dengan Yang Maha Esa

 

Ya Rasulullah

pabila derita itu

terlalu berat

tanganmu dicelup

dalam bejana itu

menyapu mukamu

mengurangkan kepedihan

yang terasa

pabila detik itu

semakin hampir

lidahmu tidak putus

menyebut “ummati…ummati’

lidahmu tidak putus

menyebut akhirat

 

Dan tibalah waktu

ajal itu bertamu

dengan penuh ketenangan

jiwamu berlalu

saat itu

linangan air mata syahdu

setiap insan

mengiringi pemergianmu itu

 

Sungguh sukar

untuk insan menerima

inikan pula Umar al-Faruq

sungguh dalam cintanya kepadamu

namun iman merelakan jua

bahawa sesungguhnya

setiap yang bernyawa

pasti menemui mati

 

Wahai kekasih Allah

tiada kata mampu dilafazkan

mengungkap kehibaan ini

walau kau telah tiada

sesungguhnya

cintamu terus bersemarak selamanya

kau tinggalkan kami

al-Quranul Karim

mukjizatmu yang teragung

kau tinggalkan kami

sunnahmu yang mulia

kau tinggalkan kami

warisan abadi

bersaksilah sesungguhnya

kami merinduimu

moga kita bertemu kembali

di sana nanti