1.Hendaklah berniat benar ketika berjalan kerana sekiranya memasang niat berjalan itu sebagai satu ibadah dan mengharapkan keredhaan Ilahi,Allah S.W.T akan memberi ganjaran yang besar kepada hamba-Nya.

2.Sekiranya anda berjalan untuk sesuatu yang haram,sesungguhnya kedua-dua tapak kaki kita bakal menjadi saksi pada hari yang dijanjikan itu.Oleh itu,sebaiknya hindarilah dari pergi ke tempat-tempat yang sudah termaktub hukumnya kerana setiap hayunan langkah itu membuahkan dosa.

3.Bersikap tawaduk dan tidak berlaku sombong serta angkuh kerana sesungguhnya hanya Allah sahaja layak berlaku angkuh dan sombong kerana Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.Dalam Surah Luqman,ayat 18, Allah berfirman mafhumnya, “Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

4.Berjalan dengan kadar yang sederhana,tidak terlalu perlahan atau cepat.

5.Tidak menoleh ke belakang semasa berjalan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan anda tersungkur atau tergelincir.

6.Berjalan dengan tegap sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi S.A.W.Berpura-pura lemah ketika berjalan merupakan sesuatu yang dilarang di sisi agama dan mengundang kemurkaan Allah S.W.T.Sebaiknya ikutlah cara baginda berjalan kerana dalam satu hadis,baginda bersabda, “Sesungguhnya mukmin yang kuat itu lebih dicintai Allah S.W.T berbanding mukmin yang lemah.”

7.Hindari gaya berjalan yang dicela seperti berjalan dengan takbur dan angkuh,berpura-pura lemah,meniru langkah orang lain dan berjalan seakan-akan melompat.

Sumber: Majalah i