Amerika

kau sentiasa mendabik dada

kau sentiasa mencanang

akulah yang terhebat

akulah yang terhandal

akulah juara

tapi hakikatnya

kau sama

seperti kami

Amerika

kau sentiasa mencanang

akulah pembela kemanusiaan

sekiranya benar dakwaanmu itu

mengapa engkau enggan

menghulurkan tangan

kepada golongan tertindas?

lihatlah mangsamu itu

di manakah keperimanusiaanmu?

pada matamu

nyawa mereka terlalu murah

demi mencapai

agenda bodoh yang tersembunyi

Palestin,Iraq dan Afghanistan

puas dicabul dan dinodai

inikah kelakuan sebuah negara

maju dan berdaya saing?

Amerika

kau sentiasa berkata

akulah juara

dalam perundangan

namun semua itu

hanya dusta sahaja

mengapa engkau enggan

mengakui ICC?

adakah engkau takut

didakwa dan dihukum sekerasnya

atas kesalahan lampaumu?

mengapa berlagak

seperti polis dunia

pabila enggan mengiktiraf

undang-undang ciptaan manusia?

Amerika

kau sentiasa mencanang

akulah pembela kemanusiaan

pabila mendengar fakta itu

aku hanya ketawa panjang

semua itu

dusta belaka

mengapa engkau enggan

membicarakan tahanan perang itu?

bukankah mereka juga

memiliki hak seperti manusia lain?

tetapi pada pandanganmu

mereka hanyalah untermensch

engkau menyeksa mereka

seperti binatang buas

Abu Ghraib,Guatanamo dan Bagram

saksi kekejamanmu

Amerika

kau sentiasa mencanang

akulah kuasa ekonomi dunia

akulah yang terkaya

benar katamu itu

senarai Forbes menjadi bukti

tapi apalah sangat dakwaanmu

pabila rakyatmu menderita

menganggur tanpa sebarang pekerjaan

berumah di tepi jalan

seperti gelandangan

kemurungan dan tekanan

mula menghantui semua

apakah ini dikatakan

sebuah kemakmuran

negara termaju di dunia?

Amerika

nyatalah kau hanya biasa

di sebalik kekuatanmu

tersembunyi pelbagai kelemahan

mampu mengaibkan maruahmu

sebagai negara berdaulat

kau bukanlah bayangan

yang dikhayalkan Washington

sebuah negara terhormat

memiliki pekerti dan kelembutan

berani membuat perubahan

namun semua itu hanyalah

satu omongan kosong