Dengarkanlah

setiap bait yang dilafazkan

mungkin pada pandanganmu

apa yang dilafazkan

berupa dusta sahaja

ibarat menanam tebu di bibir

benarkanlah aku berbicara

meluahkan isi hati

yang tak terungkap

 

Pabila aku menatap

ruang hati ini

apa yang ada

hanyalah kesunyian dan kekosongan

pabila aku memandang

merpati dua sejoli

asyik dibuai rasa

cemburu dan kecewa

mula mengintai penuh rapi

dengarlah dengan tekun

sesungguhnya

aku masih mencari

srikandi itu

untuk mengisi ruang ini

bersama ke akhirnya

 

Ingin aku bertanya

bukankah Adam dan Hawa

diciptakan untuk bersama

pabila mereka bersua

di syurga tinggi itu

rasa kasih dan sayang

mula bersemi secara perlahan

saat cinta bersemi

dapat dirasa

sebuah ketenangan dan kedamaian

dalam ruang itu

 

Dengarkanlah

setiap bait kata ini

apa yang ku harap

hanyalah sebuah keikhlasan

hanyalah sebuah keramahan

hanyalah sebuah kejujuran

mungkin nilai ini

nampak tak seberapa

namun hakikatnya

di sinilah bermulanya

sebuah kebahagiaan abadi

 

Dengarlah

bahawasanya aku tidak putus

memanjatkan doa kepada Ilahi

memberikanku petunjuk

memberikanku kekuatan

memberikanku ketenangan

berkenaan persoalan ini

dan aku sedar

bahawasanya jodoh pertemuan itu

kehidupan dan kematian

semuanya berada dalam kekuasaan-Nya

pujangga pernah berbicara

manusia mampu merancang

tapi Tuhan saja menentukan

 

Dengarlah buat pengakhiran

jika di sini noktahnya

aku sentiasa berdoa

moga ikatan persaudaraan ini

kekal selamanya

moga kau bahagia

bersama insan sejati

bagi diriku pula

biarlah impian tulus ini

diredhai dan dirahmati

oleh Penguasa alam ini

siapa tahu

pada masa dan ketika

aku mungkin bertemu

srikandi pilihan-Nya

bersedia mengharung

ranjau berduri kehidupan ini

demi cinta hakiki

 

 

Advertisements