Seseorang pernah bertanya,mengapakah dikau tidak mengejar bunga itu?Bunga yang  dimaksudkan itu ialah wanita.Sesungguhnya hati ini mendambakan kehadiran si dia dalam hidupku.Adakalanya,aku dapat merasakan api cemburu membara apabila melihat rakanku yang lain.Namun apakan daya,entah di mana silapnya,apa yang ku hajati langsung tidak berhasil.Sama ada si bunga sudah dipetik orang atau si dia masih belum bersedia…Teman-teman menganggap apa yang berlaku mungkin hanyalah suatu dugaan.Mereka sentiasa yakin satu masa nanti,ada wanita yang sudi menjadi ratu dalam diri ini.Aku menghargai keyakinan yang diberikan namun aku tidak pasti apakah itu akan menjadi kenyataan.Bukannya aku menolak ketentuan Ilahi tetapi pabila berhadapan dengan pelbagai kekecewaan ini,keyakinan itu dirasakan semakin hilang.Ya,aku mahu dicintai.Ya,aku mahu dirindui.Ya,aku mahu dikasihi.Ya,aku mahu disayangi.Ku akui,aku tidak memiliki rupa seperti mana bintang pujaan di luar sana.Aku bukanlah pandai bergaul dengan wanita,apatah lagi memahami perasaan mereka.Ku akui,duniaku dan dunia mereka jauh berbeza,ibarat langit dan bumi.Apa yang ku miliki hanyalah secebis ilmu pengetahuan kurniaan Ilahi.Ku akui,perlakuanku nampak pelik dan kasar.Tetapi aku juga berhak untuk dicintai dan dikasihi.Bagi sesiapa yang membaca ketika ini mungkin menganggap aku sebagai terdesak dan gila.Tetapi inilah luahan hatiku tika ini.Aku tidak mengharap sesiapa untuk memahami tetapi janganlah dikau menghakimiku hanya kerana sebuah artikel ini.Aku hanyalah abdi yang telah banyak melakukan khilaf kepada manusiawi.Aku juga mahu suaraku didengar…Adakah permintaanku ini terlalu banyak untukmu?

Advertisements