Sudah menjadi lumrah manusia untuk bahagia bersama pasangan tersayang menerusi ikatan perkahwinan.Dalam Islam sendiri,perkahwinan merupakan perkara yang sungguh suci dan murni serta amat digalakkan oleh kekasihNya yang tercinta,Nabi Muhammad S.A.W.Bagaimanapun,sebelum masjid dibina,seorang lelaki itu hendaklah menitik beratkan beberapa perkara sebelum meminang gadis pujaan hati:

1.Kriteria bakal isteri:

-Apa yang dimaksudkan di sini ialah memilih seseorang itu biarlah mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam.

-Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a.,Mughirah bin Syu’bah ingin berkahwin dengan seorang wanita pilihannya.Lalu Nabi S.A.W bersabda,”Pergilah melihatnya kerana dengan melihatnya akan memberikan jalan untuk mendapat lebih kerukunan antara kalian berdua.”Lalu Mughirah melihatnya kemudian menikahinya dengan menceritakan kerukunannya dengan wanita itu.(Riwayat Ibnu Majjah).

2.Beristikharah:

-Setelah selesai melihat,setiap lelaki dan wanita disunnahkan untuk menunaikan solat sunat istikharah.Pada zaman Rasulullah S.A.W,baginda ingin mengahwinkan anak angkatnya,Zaid bin Haritsah dengan Zainab r.a.Bagaimanapun,Zainab berkata,”Saya tidak akan melakukan sesuatu kecuali dengan perintah Tuhanku.”Lalu,Zaid berdiri dan melaksanakan solat sunat di masjid.(Riwayat Muslim)

3.Tidak melamar wanita yang telah dilamar lelaki lain:

-Abu Hurairah r.a berkata,Rasulullah S.A.W bersabda,”Seorang lelaki tidak boleh meminang perempuan yang telah dipinang saudaranya.”(Riwayat Ibnu Majjah).Bagaimanapun,pengecualian boleh diberikan sekiranya pelamar pertama itu bertindak memutuskan lamaran itu atau mengizinkan pelamar yang lain untuk meminang wanita tersebut.

4.Perhatikan kesolehannya:

-Dalam satu hadis,Abu Hurairah r.a pernah mendengar Rasulullah S.A.W pernah bersabda,”Wanita dinikahi kerana empat perkara,kerana hartanya,kerana keturunannya,kerana kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah wanita yang bagus agamanya.”

-Apa yang dimaksudkan Nabi S.A.W ialah pabila seseorang itu memilih calon isteri,pilihlah wanita solehah kerana ketaatannya kepada perintah Allah dan RasulNya dapat membantunya menjaga dirinya dan harta suaminya baik ketika suaminya ada atau tidak.

5.Merahsiakan lamaran:

-Rasulullah S.A.W pernah bersabda,”Ceritakan pernikahanmu dan rahsiakan peminanganmu.”(Riwayat Ummu Salamah)

6.Wanita yang dilamar hendaklah bebas daripada perkara-perkara seperti masih isteri orang,sudah dicerai atau ditinggal mati suaminya dan masih dalam edah.

7.Wanita juga boleh melamar:

-Dalam satu hadis,Tsabit berkata,”Kami duduk bersama Anas bin Malik dan di sebelahnya ada seorang anak perempuannya.Lalu Anas berkata,”Datanglah seorang wanita kepada Nabi,lalu dia menawarkan dirinya kepada baginda kemudian berkata,”Wahai Rasulullah,sudikah tuan mengambil diriku?”Kemudian anak perempuan Anas menyampuk,”Betapa tidak malunya perempuan itu.”Anas menjawab,”Perempuan itu lebih baik dari dirimu.Dia menginginkan Rasulullah maka sebab itulah dia menwarkan dirinya kepada baginda.”(Riwayat Ibnu Majjah)

-Dalam hal ini,bukan hanya wanita berhak untuk dilamar malahan juga memiliki hak untuk memilih lelaki yang disukainya.

-Bagaimanapun,ia tidak perlu dilakukan melainkan untuk membebaskan wanita daripada bahaya fitnah.