Dalam lembaran itu

penuh dengan titipan dakwat

berupa luahanku

terhadap dirimu

ketahuilah

sesungguhnya aku

masih mencintaimu

ketahuilah

sesungguhnya cintaku kepadamu

masih tulus dan suci

 

Namun

ketahuilah

bahawasanya aku tidak

memiliki apa yang diperlukanmu

benar

cinta tak mengenal darjat

cinta tak mengenal warna kulit

cinta tak mengenal usia

namun

apa yang kumiliki

hanyalah secebis harapan

apa yang bisa kubina

dengan itu

demi kebahagiaan kita

 

Dengarlah

sesungguhnya aku tidak berniat

melukakan ketulusan qalbumu

bahawasanya

aku berasa bahagia

pabila bersamamu

kenangan itu masih

terpahat pada mindaku

ketahuilah

aku sentiasa menghargai

setiap detik kita

 

Namun

ketahuilah

mungkin sampai di sini

cinta kita berakhir

lupakanlah kenangan itu

bebaskanlah dirimu

dari ilusi ini

kerana aku tidak mahu

kau menderita selamanya

ya

cinta kita telah berakhir

namun pencarian bahagia

masih belum berakhir

ya

mungkin ini suratan takdir

namun percayalah

kau kan ketemu

insan yang membahagiakanmu

 

Maafkanku

andai perbuatan ini

membuatkanmu terluka

percayalah

apa yang kulakukan

demi kebahagiaanmu

mungkin saat ini

kau tidak mengerti

tetapi pabila tiba masanya

kau juga akan menerima

apa yang kulakukan……