Kekasih

andainya kau mendengar

suara qalbuku ini

melantunkan lagu rindu kepadamu

maka kau juga

boleh mentafsir

setiap bait perkataan

yang terlafaz

 

Kekasih

pastinya kau memahami

bahawa harapan kasih

terbina di sudut ini

hanyalah untukmu sahaja

bukannya aku sengaja

melindungi perasaan ini

tetapi aku khuatir

tatkala aku diselubungi perasaan ini

kelekaan dan syahwat

melencongkanku

dari menuju

ke puncak kejayaan

apalah guna khayalan indah itu

kerana ia tidak menjanjikan

kebahagiaan yang diidamkan

 

Kekasih

mungkin kau melihat ini

hanyalah sebuah alasan

ingin ku tegaskan

setiap cinta yang dilafazkan

bukanlah satu permainan sahaja

setiap lafaz merupakan

sebuah ikatan janji

 

Kekasih

sudah kau melihat

rahsiaku ini

fahamilah

sesungguhnya cintaku

hanyalah untukmu

selamanya.